Pengertian Khiar dan Macam Macamnya
Definasi
Khiar
ertinya pemilihannya, iaitu hak memilih bagi penjual dan pembeli sama ada
jualbeli itu hendak diteruskan ataupun tidak. Pembeli menarik kembali wangnya
dan penjual menarik balik barangnya.
Hukum Khiar
Melakukan
khiar adalah harus mengikut syarat-syaratnya yang tertentu. Penjual dan pembeli
harus melakukan khiar selagi kedua-duanya belum berpisah. Hukum ini berdasarkan
kepada hadis yang diriwayatkan daripada Hakim bin Hizam, berkata ia :
Rasulullah telah bersabda yang maksudnya:
“ Penjual
dan pembeli harus melakukan khiar selagi kedua-duanya bersikap benar dan
menerangkan, diberkati bagi kedua-duanya pada jualbeli kedua mereka, dan jika
kedua-duanya menyembunyikan dan berbohong, dimusnahkan keberkatanl jualbeli keduanya
itu. ”
Hikmah Pengharusan Khiar
Di
antara hikmat-hikmat mengharuskan khir, dapat disimpulkan seperti berikut :
- Supaya kedua-dua pihak merasa puas hati dalam urusanl jualbeli.
- Untuk mengelakkan tipu menipu dalam urusan jualbeli
- Untuk menjamin kesempurnaan dan kejujuran bagi kedua-dua pihak.
Jenis-jenis
Khiar
Khiar
ada tiga jenis, iaitu :
- Khiar Majlis
- Khiar Syarat
- Khiar Aib (cacat)
1. Khiar Majlis
Khiar
majlis ialah khiar yang dilakukan sebelum penjual dan pembeli berpisah ke
mana-mana. Selagi belum berpisah, penjual atau pembeli boleh melakukan khiar
walaupun tanpa sesuatu sebab, tak kira berapa lama mereka berada di majlis atau
tempat akad itu ; atau mereka sama-sama keluar pergi ke mana-mana. Maka tidak
boleh dilakukan khiar lagi jika :
- Kedua-duanya sudah berpisah
- Sudah menggunakan barang itu sebagai membuktikan jualan itu sudah selesai
- Ada sesuatu bukti yang menunjukkan jualan itu sudah selesai.
2. Khiar Syarat
Penjual
dan pembeli boleh membuat syarat ketika akad jualbeli dalam tempoh tidak lebih
daripada tiga hari, seperti kata penjual : “Saya jual barang ini kepada saudara
dengan syarat saya boleh khiar dalam tempoh tiga hari.” Jawab pembeli: “Saya
beli barang ini dengan syarat tersebut.” Dalam tempoh yang tersebut itu,
berhaklah pihak-pihak yang membuat syarat itu melakukan khiar, penjual berhak
menarik kembali barangnya, dan pembeli berhak menarik balik uangnya. Inilah
yang dikatakan khiar syarat.
3. Khiar Aib
Jika
barangyang dijual atau harganya didapati cacat yang mengurangkan nilainya,
haruslah pembeli atau penjual melakukan khiar dengan syarat :
- Kecacatan itu berlaku sebelum daripada akad atau selepas akad tetapi sebelum diterimanya oleh pembeli atau penjual.
- Hendaklah segera menyerahkan kembali barang atau harga yang cacat itu.
Bila
terdapat kecacatan yang mengurangkan nilainya itu, bolehlah dilakukan khiar
walaupun tidak ada dibuat syarat khiar terlebih dahulu. Jadi bila diketahui ada
kecacatan, hendaklah segera menyerahkan kembali barang kepada penjual atau
harga kepada pembelinya. Tetapi jika lengah, tidak harus lagi melakukan khiar.
Inilah yang dikatakan khiar cacat.
Sekian dulu untuk artikel Pengertian Khiar dan Macam Macamnya kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk kalian semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.
Anda sekarang membaca artikel Pengertian Khiar dan Macam Macamnya dengan alamat link https://inovstudy.blogspot.com/2018/04/pengertian-khiar-dan-macam-macamnya.html
EmoticonEmoticon